Pages

  • RSS
  • Twitter

11 June 2007

Bicara untuk sahabat...

Salam perjuangan buat sahabat...

Sebenarnya banyak persoalan dibenak fikiran ini yang sudah terjawab secara sengaja atau tidak,dan banyak juga yang masih terbuku menanti jawapan.Kekadang ku tidak tahu kepada siapa harus kulemparkan persoalan-persoalan tersebut.

Sebetulnya,bila diperhatikan perjalanan tarbiah dibumi Mesir ini,alhamdulillah memang nampak usaha-usaha yang dijalankan lebih-lebih lagi dengan platform PMRAM,BKAN dan DPM yang merupakan satu rahmat buat insan-insan di bumi Mesir ini.Pendek kata,agenda tarbiah di sini memang sentiasa berjalan.Cuma sesekali reda bila tiba musim imtihan.

Akan tetapi,wujud segelintir yang tidak mahu mengambilnya,mengambil sikap berdiam diri,belajar dan terus mengadap kitab atau macam-macam lagi.

Bila difikir-fikir kembali,kenapalah agaknya azhariyyun kita jadi begini?Sedih juga melihatnya.Sedang kita semua menuntut ilmu agama,syariah,Usuluddin,malah wujud juga golongan hafiz dan hafizah malah tidak ketinggalan pengkhususan perubatan.Alhamdulillah,rahmat variasi dalam pengkhususan yang sepatutnya semakin meningkatkan tahap mentaliti golongan terpelajar ini.Sudah tentu dipandang tinggi oleh mereka-mereka yang menanti di tanah air.

Sahabat pengubat jiwa,
Kukira semenjak penubuhan PMRAM yang telah sekian lama,sudah tentu ramai golongan terpelajar telah kembali ke tanah air tercinta yang mampu mencurah bakti.Di sana,masyarakat masih teraba-raba memohon ditunjukkan jalan,lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.Bukan kukatakan berdasarkan omongan semata,tetapi realiti yang dilihat di depan mata.Atas rasa tanggungjawab,pernah kugagahi untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat walau akau bukan insan selayaknya...namun,bila memikirkan kelayakan alamat sampai bila-bila tidak akan wujud pengislahan.Kita dianugerahkan tulang empat kerat untuk bergerak dan berjalan...
Cuma,kesedaran diri sendiri perlu dipupuk terhadap tanggungjawab sesama ummah ini.

Sahabat seiman,
Ku juga suka berfikir dan kekadang membuat telahan sendiri.Lebih-lebih lagi mengenai realiti kehidupan para azhariyyun hari ini.Bukan untuk mengungkit kisah lapauk,persoalan 'adakah para azhariyyun ini mampu tejun ke dalam masyarakat' padaku isu semasa yang masih relevan diperkatakan dan perlu difikirkan penyelesaian.Mungkin ada yang sudah 'boring' untuk membincangkan isu ini tetapi,kenapa sampai ke hari ini tiada penyelesaian pada persolan ini.

Sama-sama kita fikirkan??? Yang pasti, 'tepuk dada tanya iman'