Pages

  • RSS
  • Twitter

25 February 2016

Ukhuwwah


18 February 2016

2


17 February 2016

Ikhtilat


03 November 2008

Bicara sebuah jasad

Bulan Zulkaedah menggamit kembali dan lambaian kesucian syawal turut pergi meninggalkan insan-insan yang melata di sekitarnya.Ini bermakna madrasah Ramadhan telah menghampiri dua purnama meninggalkan hamba-hamba yang beriltizam dan mujtahid sepanjang kedatangannya,lantas turut menuruti perintah yang Maha Agong mengabdi diri mendamba keredhaan Sang Pencipta.

Dikala fajar hari ini menjelma,si hamba yang merindui kasih sejati turut melafaz kalimah toyyibah
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zaljalali wal ikram,asbahna ala fitratil Islam.
Alhamdulillah hati yang sentiasa berbolak balik ini masih setia pada nur yang disuluh cahaya kebenaran.

Dan dikala Zulkaedah ini juga hamba masih mentajdid janji pada pencipta,nikmat Islam dan Iman yang tiada terhitung nilaiannya ini akan sentiasa dipasak padu pada jasad kosong yang dipandu oleh Si Pemandu Agong.

Sahabat pengubat kalbu,
Pada jasad kosong ini tiada baginya daya dan upaya untuk melaksanakan segala yang menjadi keceriaan hatimu malah padanya telah terkumpul segala kesakitanmu.Tiada kudrat untuk membangkit jiwamu dan meransang kewibawaan kalian.Namun jauh di dasar latifah rabbaniah ini keinginan untuk terus berupaya mendampingimu yang ku tahu padamu dan kalian terputik cahaya baru buat jasad kosong ini,lantas terus bertunas dan segar di dasarnya.

Kesaktian ikatan mahabbah wa rahmah ini terlalu bermakna buat jasad ini sehinggakan dikau dan kalian mampu membentuk jiwa dan jasad ini untuk terus bersama-sama kehebatan kalian menjadi penyambung mata-mata rantai utusan mulia dalam mendidik jiwa ini dan jiwa-jiwa yang dipandu Si Pemandu Agong.Sesungguhnya ungkapan sakti dari bibirmu juga gerak langkahmu mendorongku agar kuterus gigih dan tabah menyusuri jalan yang terbentang permaidani duri dan tuba.Namun segalanya ku gagahi demi mengangkat dan meletakkan pegangan Quran dan sunnah Pencipta Agong sebagai dustur.

Laut mana tidakkan bergelora, awan mana yang tidak akan menurunkan hujan malah jiwa-jiwa mana yang tidak pernah melepaskan hazan.Demikian juga ikatan ini,kekadang gelora jiwa-jiwa suci ini mampu memunahkan ikatan mahabbah dan rahmah ini andai tidak dibendung dengan kesucian iman dan amal Islami.Kerana itulah jasad kosong ini pernah melepaskan nanarnya pada jiwa-jiwa suci rafikku.

Jantung hatiku,
Kukira dikau dan kalian memahami maksudku.Sesungguhnya mengenalimu dan kalian merupakan rahmat terbesar buat jasad ini.Pohon maaf atas kekhifan dari jiwa yang tidak terlepas dari kesalahan dan dosa.Sesungguhnya,latifah rabbaniahku tidak mampu untuk melupakan mu malah tidak sekali-kali.Syukran rabbi atas rahmat persahabatan
.

05 October 2008

.:Salam dari Calon Zauj:.


Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assolatuwassalam a’la RasulillahS elawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik dikau disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.


Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu


Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)


Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah.


Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.


“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)


Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.


Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:

“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air.

Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”

Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”


Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”


Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.


Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman.

Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah.


Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu.


Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak


Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.


Bakal isteriku yang dirahmati,


Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratul mustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.


Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku...

06 September 2008

.:: Merintis Khalifah yang Hilang ::.

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam Ramadhan Karim buat sahabat-sahabat budiman..Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah taala.
Bersempena Ramadhan barakah ini marilah kita hayati seruan jihad buat pemangkin semangat yang dipetik daripada buku : Merintis Khilafah yang Hilang. Meniti liku-liku perjuangan As-Syahid Doktor Abdullah Azzam, Penulis :Ibnu Ismail, Terbitan : Pustaka Syuhada, Tahun : 1996, Muka Surat : 150-156.

Sesungguhnya kecintaan kepada Jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.

Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih diatas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata : " LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH" atau hanya dengan mengucap : " INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN" dan hanya melepaskan geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalah tersebut, Hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri dari segenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan diantara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (Jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.

Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada satu amalan pun yang dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ianya bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (Mati) tanpa senjata ditangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan "qital" melainkan orang-orang yang ada keuzuran syar'i.

Aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah SWT sekiranya meninggalkan Jihad hanyalah : oran buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orang yang lemah (Mustadh'afin) samada dari kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak dimana mereka itu tidak ampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya.

Wahai Kaum Muslimin !

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari Jihad dan kewujudan kalian diatas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan Jihad.

Wahai Para Pendakwah !

Tiada berharga kalian berpanas dibawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang zalim yang semakin bermaharajalela.

Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa Jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu –ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.

Sesungguhnya kehebatan para da'i (pendakwah), kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.


Kejarlah "kematian" kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki). Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahya ng sunnat yang kalian telah biasakann itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh-temeh menguasai kalian sedangkan disana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai Para Ulama' !

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut (pemerintah) kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan mengelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat.

Wahai Kaum Muslimat !

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada Jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.

Didik dan latihlah anak-anak kalian denan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah kalian sebagai kandang-kandang singa bukannya reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut. Tanamkan kedalam anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula.

Wahai Anak-Anak !

Biasakanlah diri kalian dengan "nyanyian" dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegak gempita jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal. Jauhilah nyayian-nyaian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai Isteriku !

Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (Jangan meminta-minta) nescya engkau akan dikasihi manusia.

Ketahuilah bahaw Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga sereta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah diwaktu malam (Qiamulail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.


Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah taala menemukan kita disyurga firdaus seperti mana dia menemukan kita di dunia ini.

Adapun Kalian Anak-Anakku….

Sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku melainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat ku berikan pada kalian . ya….aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian… bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku).


Demi Allah!! Aku tidak sanggup berperap dan berkurung didalam sangkar bersama-sama kalian seperti ayam bersama anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak rela tinggal bersama-sama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabakan jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras.


Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian dengan limpahan kenikmatan…diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari).

Dengan ini aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan Akidah Salafus Soleh (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu.


Pesan dan wasiatku kepada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamulail (beribadah waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik dan bersama-sama bekerja daam gerakan Islam.

Namun begitu ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang kalian dari pada berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah dengan dakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad. Dan janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah. Lontarlah dan tembaklah kalian itu lebih aku sukai daripada tunggangan.


Sekalung Al-fatihah buat : As-Syahid Al-A'lamah As-Sheikh Dr Abdullah Azzam.


Serta sekalung penghargaan buat penulis buku Merintis Khilafah yang Hilang. Meniti liku-liku perjuangan As-Syahid Doktor Abdullah Azzam iaitu ibnu Ismail kerana diatas tulisan beliau yang membangkitkan kembali semangat Jihad kepada Pemuda-pemuda Islam. Semoga Allah merahmati beliau serta mengurniakan Istiqomah didalam perjuangan ini…Amin..ya rabbal a'lamin.


Pixel Code Graphics