Seorang anak,ibu juga Muallimah...
Pendidikan:SK Bukit Bota Chenor,SMA Chenor,SMA Al-Khairiah Temerloh,Darul Quran JAKIM,Maahad Qiraat Al Azhar Mansoura,IPG Tengku Ampuan Afzan,IPG Kampus pendidikan Islam...
عن ابي برزة نضلة بن عبيد الاسلامي رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يأل عن عمره فيم افناه وعن علمه فيم عمل فيه وعن ماله من اين اكتسبه وفيم انفقه وعن جسمه فيم ابلاه
رواه الترمزي وقال حديث حسن صحيBermaksud:Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin Ubaid al Aslami radiallahu anhu berkata:Bersabda Rasulullahi s.a.w :Belum berganjak lagi kedua kaki seorang hamba (di hadapan Allah taala pada hari kiamat),sehingga terlebih dahulu ia akan di tanya tentang umurnya,untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya,untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya,daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya,untuk apa dibinasakannya(digunakannya).Hadis riwayat Tirmizi
inspirasi hati
renungan
ماليزيا
Meniti Pujangga Perjuangan
"Kamu tidak akan dikalahkan lantarn sedikitnya bilangan kamu,lemahnya kelengkapan dan kurangnya peralatan atau banyaknya musuh kamu atau berhimpunnya musuh-musuh menentang kamu,kerana walaupun semua penghuni di muka bumi berhimpun mensahib kamu,nescaya mereka semua tidak dapat membahayakan kamu kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah.Tetapi kamu akan dapat dikalahkan dengan begitu teruk yang mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab iaitu apabila hati kamu telah rosak.Allah tidak akan memperbaiki amal-amal kamu,suara kamu telah berpecah-belah dan fikiran kamu bertentangan diantara satu sama lain.Sebaliknya selagi kamu bersatu padu ditambah dengan sentiasa mengikuti jalan ketaatan kepadaNya,berjalan menuju manhaj redhaNya,tidak pernah merasa lemah dan hina,maka kamulah umat yang paling tinggi.Allah sentiasa dengan kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan amalan dan usaha kamu"