Salam ziarah,
Lama rasanya tidak menjenguk blog ni,bukan tiada kesempatan..namun terfikir-fikir bagaimana nak buat sedikit perubahan.Al maklum bidang ICT sekarang sudah semakin maju kehadapan.Jadi nak tak nak kena juga mengejar arus kemajuan,tapi kadang kala perlu juga menongkah arus.Betul ke?
Sambil-sambil mendengar lagu pemangkin semangat buat insan-insan yang bergelar muslimah tu,boleh juga baca serba maklumat di bawah buat bekal dan motivasi.Semua ini bukan hasil dari kertas kerja sape-sape,tapi hanya isi penting yang sempat dicoretkan semasa mendengar sebuah ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah yang bertajuk 'Muslimah Pembangun Ummah'..pendek kata ku catat kembali dari buku nota ku sendiri.Tarikh dan masa tiada dalam simpanan:).Namun semua ini boleh juga dijadikan peringatan bersama...
Sahabat pengubat jiwa,
Antara isi yang terkandung di dalam ceramah tersebut:
1.Sebagai seorang muslimah,matlamat dan objektif utama perlu disemai dalam diri supaya matlamat apa yang hendak dicapai akan terialisasi .Tahu apa yang hendak dilakukan supaya matlamat tersebut dapat dicapai
Perlu diketahui tantang apa matlamat hidup di dunia seperti yang telah digariskan dalam firman Allah taala Surah Az Zariyat ayat 56:
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
Perlu diingat,tentang niat setiap apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk tunduk kepada Allah taala.Bukan disebabkan kepentingan material atau kemegahan.
Peranan Muslimah
1.Sebagai hamba Allah perlu berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah taala.
2.Sebagai anak perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa bagi mendapat keredhaan daripada keduanya.
3.Sebagai isteri,tanggungjawab terhadap suami tidak sekali-kali diabaikan walaupun disibukkan dengan aktiviti kemasyarakatan.
4.Sebagai ibu,sudah tentu tanggungjawab mendidik anak-anak tidak dipinggirkan dan haruslah menganggap anak-anak sebagai asset yang tidak ternilai.
5.Sebagai Mujahidah pula semestinya tanggungjawab terhadap masyarakat turut terpundak dibahu muslimah.Semestinya masa perlu diperuntukkan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai supaya amar makruf nahi mungkar akan dapat dilaksanakan.
Cabaran
Oleh kerana muslimah perlu bertanggungjawab dalam semua situasi,sudah tentu cabaran-cabaran akan sentiasa berlegar-legar disekelilingnya.Antara cabaran yang dikenal pasti bagi seorang muslimah dalam menjalankan kerja-kerja dakwah adalah:
1.Cabaran Iman
Biasanya jiwa sentiasa bergolak bagi memilih antara kerja dakwah dan kerja seharian yang mana perlu diutamakan.Jadi sewajarnya bagi seorang muslimah memegang prinsip tawakal yang tinggi disamping tidak meminggirkan usaha.Yakinlah Allah pemberi rezeki.
2.Cabaran suami dan keluarga
Ia bermula daripada memilih pasangan hidup iaitu suami yang memahami peranan muslimah.Pemilihan ini adalah penting bagi meneruskan kesinambungan kerja-kerja dakwah selepas berumahtangga.Perlu memanamkan keyakinan bahawa jodoh adalah milik Allah dan ketahuilah bahawa musuh keimanan yang utama adalah suami.
3.Kawan-kawan
Pilihlah kawan yang boleh memberi galakan dan motivasi dan jauhilah kawan-kawan yang mendorong kepada perkara negative.
4.Nafsu dan dunia
Biasanya manusia akan kalah dengan nafsu dan bermain-main dengan hati dan perasaan.Jadi doronglah hati kepada banyak mengingati Allah.
5.Personaliti sendiri.
Berpeganglah dengan prinsip yang betul dan sentiasa berfikiran terbuka.Berlapang dada dengan kritikan dan anggaplah ianya sebagai peluang membaiki diri.
6.Bagi muslimah hafizah sudah tentu menjadi cabaran dalam memegang kalam Allah (mengingati hafazan)disamping menjalankan kerja-kerja dakwah.Jangan jadikan ianya alasan dan penghalang untuk berdakwah
Persediaan
1.Muslimah perlu memastikan diri sentiasa bersedia untuk ditarbiah dan sentiasa berada di dalam proses pentarbiahan yang berterusan.
2.Berusaha mempelajari segala ilmu bukan sahaja yang berkaitan dengan agama malah ilmu-ilmu alat perlu dikuasai.Begitu juga ilmu kemasyarakatan dan organisasi serta mengikuti kelas-kelas perbincangan dan usrah.
3.Membiasakan diri dengan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.
4.Membuat perancangan yang baik bagi memastikan segala tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.
5.Sentiasa bermuhasabah dan bertaubat kepada Allah supaya urusan dapat dilaksanakan dengan panduan dariNya.
Demikianlah serba-sedikit isi-isi penting yang sempat dicatat dalam ceramah tersebut buat tatapan sahabat tersayang.Seseungguhnya sebagai muslimah peranan kita bukan sedikit malah kitalah yang bakal menggoncang dunia.Jadi sewajarnya persiaplah diri dari detik ini untuk sama-sama menjadi egen perubah masyarakat.
The muslimah as a forebeares of the struggles.