Salam Ramadhan Kareem,Harapnye sentiasa berada di dalam kesejahteraan disamping tekun dalam melaksanakan ibadah puasa
Semoga fasa rahmah yang telah berlalu menjanjikan seribu rahmah buat kita selaku hambanya dan fasa maghfirah yang berada dipenghujungnya ini akan membuatkan kita sentiasa bermuhasabah dan sentiasa memohon keampunan atas segala keterlanjuran dan dosa yang disengajakan mahupun yang tidak disedari.semoga segala dosa kita akan diampunkan seterusnya kita akan terus mendapat pembebasan dari azab neraka Allah taala di fasa terakhir Ramadhan.
Sahabat pengubat jiwa,
Pertarungan antara pendokong kebatilan dan kebenaran tidak pernah berakhir juga tidak mengenal kerehatan.Ia sentiasa berlaku meliputi segenap segi sama ada fizikal,ideology dan maklumat.Kita semua secara sedar atau tidak turut terlibat dalam pertarungan yang tidak berkesudahan ini.Justeru,pendokong kebenaran menerusi jalan dakwah semestinya memiliki bekal yang sangat ampuh.Salah satu bekal yang mesti dimiliki oleh para duat atau pendokong dakwah adalah 'thabat'.
Firman Allah taala : Wahai orang-orang yang beriman,jika kalian memerangi pasukan (musuh) maka berteguh hatilah kalian dan berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya,agar kalian berbahagia" (al-Anfal : 45 )
Ayat di atas menunjukkan sifat thabat sebagai perkara penting dalam senarai bekalan orang-orang yang sedang berjuang memerdekakan umat manusia.
Seorang jundi yang kehilangan sifat ini secara automatic semangat juang tercabut daripada dirinya.Banyak siri perjuangan dalam Islam yang tragis kerana hilangnya sifat tersebut dalam jiwa tentera muslimin.
Mari kita soroti sirah bilamana kegagalan pihak muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w menumpaskan pihak musyrikin dalam perang uhud berpunca daripada kerapuhan sifat ini dalam diri sebahagian besar pasukan pemanah yang terpedaya dengan harta ghanimah.
Sahabat budiman,
Dalam menghadapi serangan jahiliah,umat Islam wajib memiliki kekuatan yang seimbang atau mengatasi kekuatan musuh.Semangat semata-mata tidak akan mampu mengalahkan benteng pertahanan Jahiliah yang memiliki kekuatan ketenteraan,kewangan,politik,propaganda dan informasi.
Oleh itu,sebagaimana semua kekuatan lahiriah di atas,umat Islam wajib memiliki kekuatan tarbiah dan dakwah.Ini kerana semua kekuatan material di atas tidak akan bermakna tanpa berlandaskan fikrah ,ketahanan dan keteguhan hati yang terbina menerusi proses tarbiah.
Justeru,apa yang perlu dikenal pasti adalah factor-faktor yang mewujudkan sifat thabat serta mengamalkannya secara konsisten untuk menghadapi penentangan jahiliah……bersambung
Semoga terus thabat..