27 June 2007
Apabila manusia berhenti berfikir...
Fikiran manusia akan menjadi beku,sempit dan tertutup melainkan dia terus berfikir dan mencari idea-idea baru.Tanpa berfikir manusia tidak akan ke mana-mana.Hasil berfikirlah,akhirnya manusia berjaya menjadikan kehidupannya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Seekor ulat di dalam sebiji epal,selagi dia tidak keluar daripada epal itu selagi itulah dia menyangka buah itu hanya ada satu,rasanya begitulah dan warnanya demikian.Untuk berfikir,si ulat perlu keluar dari dunia sempitnya dan melihat persekitaran,menambah lagi pengetahuan ulat terhadap kehidupan dan bagaimana semua itu bermula.Persekitaran itu menyumbang kepada perkembangan nalurinya terhadap kehidupan-kehidupan lain yang pelbagai rupa dan bentuknya itu.
Persekitaran mengajar ulat untuk mengembangkan sahsiahnya.Lalu tabii mengajar dia untuk berhijrah dari sebiji buah ke buah yang laindan akhirnya muncullah satu kaloni ulat yang menguasai keseluruhan pokok.
Sahabat budiman,
Demikianlah manusia telah lama berjaya menggunakan otaknya untuk berfikir,mempersepsi san membuat kesimpulan kemudian menggunakan kesemuanya untuk meningkatkan taraf kehidupannya.Sudah tentu manusia jauh lebih mampu daripada ulat.
Jelaslah,mencari idea-idea baru itu semakin menajamkan pemikiran.Namun,pernah terdengar 'jangan belajar kuat sangat,nanti otak tak dapat terima' atau orang Serawak kata 'pecah palak mikir'
Namun,bagi cendekiawan-cendekiawan dunia lain pula keluhannya.Biasanya hanya terdengar kata-kata peransang minat dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik 'i've done this,i've done that' ungkapan biasa bagi mereka.
Sahabat,
Apabila kita bandingkan dengan cendekiawan yang berpendidikan agama,sebahagiannya tertutup pemikiran kepada satu-satu fahaman,satu-satu isu dan satu-satu pegangan.Akhirnya digelut kebakaran minda.
Ingatkah lagi kisah benar,seorang ustaz membuang tv ke sungai atas alasan tv mengalih perhatiannya daripada beribadah dengan sempurna.Orang tak kata dia terlalu alim tetapi terlalu lemah imannya kerana kalah hanya dengan godaan satu alat bernama tv.Televisyenkah yang salah atau dia yang gagal mengambil semua kebaikan yang ada pada tv.
Teman rafiqku,
Demikianlah manusia gagal menggunakan otaknya untuk berfikir sesuai dengan perubahan yang berlaku disekelilingnya hingga menjadi demikian beku,sempit dan tertutup.
Berhentilah daripada mengabaikan satu anugerah terpenting ilahi,otak dan berhentilah daripada melupakan suruhan ilahi,berfikir.
Fikir dan terus fikir.
11 June 2007
Bicara untuk sahabat...
Sebenarnya banyak persoalan dibenak fikiran ini yang sudah terjawab secara sengaja atau tidak,dan banyak juga yang masih terbuku menanti jawapan.Kekadang ku tidak tahu kepada siapa harus kulemparkan persoalan-persoalan tersebut.
Sebetulnya,bila diperhatikan perjalanan tarbiah dibumi Mesir ini,alhamdulillah memang nampak usaha-usaha yang dijalankan lebih-lebih lagi dengan platform PMRAM,BKAN dan DPM yang merupakan satu rahmat buat insan-insan di bumi Mesir ini.Pendek kata,agenda tarbiah di sini memang sentiasa berjalan.Cuma sesekali reda bila tiba musim imtihan.
Akan tetapi,wujud segelintir yang tidak mahu mengambilnya,mengambil sikap berdiam diri,belajar dan terus mengadap kitab atau macam-macam lagi.
Bila difikir-fikir kembali,kenapalah agaknya azhariyyun kita jadi begini?Sedih juga melihatnya.Sedang kita semua menuntut ilmu agama,syariah,Usuluddin,malah wujud juga golongan hafiz dan hafizah malah tidak ketinggalan pengkhususan perubatan.Alhamdulillah,rahmat variasi dalam pengkhususan yang sepatutnya semakin meningkatkan tahap mentaliti golongan terpelajar ini.Sudah tentu dipandang tinggi oleh mereka-mereka yang menanti di tanah air.
Sahabat pengubat jiwa,
Kukira semenjak penubuhan PMRAM yang telah sekian lama,sudah tentu ramai golongan terpelajar telah kembali ke tanah air tercinta yang mampu mencurah bakti.Di sana,masyarakat masih teraba-raba memohon ditunjukkan jalan,lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.Bukan kukatakan berdasarkan omongan semata,tetapi realiti yang dilihat di depan mata.Atas rasa tanggungjawab,pernah kugagahi untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat walau akau bukan insan selayaknya...namun,bila memikirkan kelayakan alamat sampai bila-bila tidak akan wujud pengislahan.Kita dianugerahkan tulang empat kerat untuk bergerak dan berjalan...
Cuma,kesedaran diri sendiri perlu dipupuk terhadap tanggungjawab sesama ummah ini.
Sahabat seiman,
Ku juga suka berfikir dan kekadang membuat telahan sendiri.Lebih-lebih lagi mengenai realiti kehidupan para azhariyyun hari ini.Bukan untuk mengungkit kisah lapauk,persoalan 'adakah para azhariyyun ini mampu tejun ke dalam masyarakat' padaku isu semasa yang masih relevan diperkatakan dan perlu difikirkan penyelesaian.Mungkin ada yang sudah 'boring' untuk membincangkan isu ini tetapi,kenapa sampai ke hari ini tiada penyelesaian pada persolan ini.
Sama-sama kita fikirkan??? Yang pasti, 'tepuk dada tanya iman'
07 June 2007
halal dan haram

02 June 2007
Sikap kita dalam mendepani massa
( Al-Baqarah 120)
Mereka tidak akan membiarkan umat Islam berada dalam keadaaan tenang dan aman dan akan sentiasa merancang untuk merosakkan kesatuan, Aqidah, dan sebagainya dengan menubuhkan pelbagia pertubuhan-pertubuhan yang kononya berbentuk kebajikan dan sebagainya. Semua perancangan ini dibuat kerana mereka bimbang Khilafah Islamiyyah yang pernah dijatuhkan dahulu tertegak kembali di bumi umat Islam.
Dan Alhamdulillah, walaupun begitu, banyak perancangan mereka telah terbongkar satu demi satu. Tetapi, Apakah persiapan pelajar islam untuk mengagalkan mereka? Apakah pelajar Islam merasa selesa dengan sekadar menuntut ilmu semata-mata tanpa memikirkan sebarang strategi untuk melawan tipu daya mereka. Apa yang perlu dingat, didalam jati diri umat Islam terkandung satu perkara yang mereka (yahudi) tidak ada, iauitu perkantungan dan pengharapan kepada Allah S.W.T Sebagai firmanNya
Dr. Abdul Karim Bakkar pernah menyebut dalam kitabnya تجديد الوعى tentang kepentingan bagi umat Islam supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling masyarakat dari semua sudut, samada dari pemikiran, akhlak, pergaulan dan sebagainya. تجديد الوعى sepatutnya menjadi salah satu agenda yang penting bagi pelajar Islam yang berperanan sebagi daie kerana bagaimana bagaimana seseorang hendak memulakan dakwah dalam keadaaan mereka tidak tahu bagaiman keadaan masyarakat sekarang. kalau seseorang itu tidak peka, mereka mungkin akan digelar sebgai ustaz ketinggalan zaman, tidak ambil tahu hal ehwal dunia.
Dan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang sentiasa menyuruh ummatnya sentiasa berfikir keadaaan dengan mengkaji keadaaan sesuatu tempat. Mahasiswa Islam yang berada di luar Negara khususnya perlu peka dengan apa yang berlaku di Malaysia dengan sentiasa membaca akhbar-akhbar versi intenet untuk memudahkan kita mengetahui segala apa yang berlaku di dalam satu-satu negeri dan perkembangan yang terbaru dalam pelbagai sudut.Selain dari itu, Dr Abdul Karim Bakkar juga menggalakkan agar seseorang berfikir secara jamaie, bukan secara berseorangan, dan saling berbincang bagaimana cara untuk sama-sama bergerak dalam menyatukan fikrah ke arah yang lebih tepat dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Pandangan ini memang bertetapan dengan Hadis Nabi yang meyuruh Umatnya sentiasa berjamaah.
Kerana manusia ini bukan dilahirkan dalam keadaaan sempurna, jadi setiap kelemahan diri masing-masing akan dapat ditampung oleh orang yang lain. Itulah keuntungannya. Dalam kita bekerja secara berkumpulan ini, perkara yang paling penting untuk dijaga dan dipupuk ialah Ukhuwwah Islamiyyah. Sebut tentang Ukhwwah Islamiyyah berbeza dengan ukhuwwah yang tidak Islamiyyah. Kerana ukhuwwah Islamiyyah dibina di atas Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, semangat saling tegur-menegur untuk sama membangunkan jati diri sahabat masing-masing. Bukan sekadar mengkritik dibelakang tanpa cuba menyelesaikan segala masalah yang timbul. Perlu diingat, orang yang matang adalah orang yang mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul khususnya perkara yang berkaitan hubungan manusia dengan manusia.
Dan Selaku orang yang ditegur, jangan terlampau mudah melenting dengan kritikan atau teguran daripada sesiapa sahaja, samada dari kawan mahupun lawan, dan sepatutnya setiap teguran itu diterima secara terbuka dan kita berubah kerana Islam. Hilangkan segala keegoan yang tidak menentu yang boleh merugikan Islam itu sendiri.Masyarakat sekarang ini semakin memerlukan kepada pembimbing atau petunjuk jalan. Jadi kepada siapa lagi yang mereka harapkan selain daripada penuntut ilmu Allah S.W.T. Selaku Mahasiswa Islam yang memahami Usul Dakwah, adalah menjadi kewajipan kepada kita mendekati mereka, bukan menunggu mereka mendekati kita, Lihatlah Rasulullah sendiri, bagaimana permulaan dakwah baginda mendekati pembesar Quraisy, pergi ke Taif, dan mendapat pelbagai halangan dan cabaran dalam dakwah.
يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا
Lihatlah peribadi Rasulullah S.A.W yang terlalu memikirkan tentang umatnya, sehingga baginda nazak sekalipun, baginda menyebut ummati, ummati. Sirah ini memang ma’ruf dan diketahui semua pelajar agama. Jadi bagaimana dengan kita, yang sanggup menjadi pewarisnya. Sepatutnya menjadi kewajipan kita mengetahui segala hal ehwal umat Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam sabda baginda.
من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منا
Jadi sepatutnya, golongan yang menjadi pewaris nabi ini, sentiasa memikirkan bagaimana untuk kita meneruskan kesinambungan perjuangan baginda dalam menegakkan Islam dan memahamkan ummah tentang Islam yang sebenarnya sehinggalah kita berjaya menegakkan kembali Khilafah Islam yang dibina dahulu, bagaimana cabaran yang dihadapinya, begitu juga dengan tawaran-tawaran yang begitu begitu berharga, tetapi baginda tidak pernah menggadaikan Islam dengan tawaran-tawaran yang bgeitu murah.
Di zaman ini, Islam mula dipandang secara Liberal, sehingga terkeluar daripada batasan-batasan yang sebenar. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pandangan masyarakat dan memahamkan mereka tentang Islam yang sebenar yang berpandukan kepada 2 sumber yang kukuh, Al-Quran dan As-Sunnah.
waallahua’lam