Pages

  • RSS
  • Twitter

16 September 2007

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan Mubarakah…
“Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza”
Ramadhan telah masuk ke hari yang ke 5,terasa begitu cepat masa berlalu.Namun bagiku,awal Ramadhan benar-benar menguji keimanan.Dengan tahap kesihatan yang tidak menentu terasa begitu perit melaluinya.Mungkin sebagai satu kifarah dosa buat diri yang begitu kerdil ini.Namun hari ini alhamdulillah, di beri sedikit kekuatan untuk mencoretkan sesuatu,lebih-lebih terkenangkan nasib saudara seagama di Palestin, Afghanistan, Acheh dan dimana-mana sahaja..Kebetulan sambil mencoret artikle ini,siaran langsung bersama Dr Zainul Rasyid Zainudin berlangsung di TV9 membicarakan mengenai Ramadhan di Palestin.
Terasa begitu sayu dihati, ujian iman yang telah diberikan kepada diri ini amat jauh berbeza dgn ujian yang diterima saudara seagama kita di sana.Mereka telah sekian lama bergelut dengan kepayahan dan kesusahan demi mempertahankan maruah umat Islam yang telah sekian lama tercalar.
Sebetulnya sebagai umat mulia yang telah dianugerahkan Al-Quran sebagai wahyu juga Nabi Muhammmad sebagai penunjuk jalan, kita perlu lebih-lebih mempedulikan nasib saudara seagama kita.

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاءخيه كما يحب لنفسه

Bermaksud:Tidak sempurna iman seseorg kamu sehinggakan dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Sebenarnya isu palestin adalah isu umat Islam secara keseluruhannya bukan hanya isu rakyat palestin.Namun, masih ada yang tidak menyedari dan mempersoalkan kenapa kita selalu memperkatakan mengenai umat Islam diluar sana sedangkan di Negara kita masih ramai yang memerlukan.
Perlu diingat,Palestin merupakan sebuah Negara yang terkandung di dalamnya Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.Ia merupakan kota suci ketiga umat Islam yang juga merupakan tapak sejarah nabi Isa, Yaakob dan sebagainya.Selain itu di Palestin jugalah berlakunya peristiwa isra’ dan mikraj yang di dalamnya difardhukan solat 5 waktu.Maruah rakyat Palestin telah lama tercalar semenjak 1948 bilamana ditubuhkan Negara Israel malah sebelum itu lagi.
Sebenarnya inilah yang perlu diwar-warkan dan dicanangkan kepada masyarakat kita mengenai perlunya sikap cakna kepada sesama saudara lebih-lebih di Ramadhan 1428H ini,semoga segala kebaikan dan kemudahan juga kemenangan agama Islam akan sinar hari-ke hari hasil dari natijah Ramadhan kali ini.
Sama-sama kita terus bermunajat dan memanjatkan doa kehadrat ilahi agar nasib umat Islam terus terbela dari jajahan Israel,Yahudi dan musuh-musuh Islam agar umat Islam hari ini tidak dikatakan merempat di negara sendiri.Semoga doa-doa ma’thur yang dipanjatkan dapat meringankan beban-beban mereka dan ramadhan kali ini akan membuahkan natijah yang lebih bermakna buat kita semua. wallahua’lam.

Cubit peha kanan peha kiri terasa sakit..

03 September 2007

.: Reunion:.




Seronok rasanya dapat bertemu wajah dgn sahabat-sahabat yang sudah sekian lama tak berjumpa lebih-lebih lagi dapat bersua muka dengan ayahda yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini.Walaupun tak semua dapat hadir pada perjumpaan tersebut,namun mereka yang hadir sudah cukup menggambarkan semangat kesatuan yang ada dan lebih mengukuhkan ribat ukhuwwah sesama kita...

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
Dari Abu Musa r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan"
Hadis Riwayat Muslim