Pages

  • RSS
  • Twitter

30 December 2007

.:'Am Sa'id:.


'Am Said,
Kehadiranmu seiring usiaku
Semoga sinar ceria masih terang
menyinari setiap hari yang kulalui
kehadiran tanpa diundang
namun aku sebagai hamba
tidak betah menangkis kudrat ilahi
kekusutan,kekeliruan,kekecewaan
jua kerinduan
teman dalam meniti perjuangan
semoga ia enjadikan diriku
insan yang tabah
dalam meneruskan langkah

Diri
kau harapan agama suci ini
kau mata rantai perjuangan
kau mujahidah harapan,srikandi akhir zaman
walau onak dan badai menghempas ganas
kau tetap membenteng dan teguh utuh
semoga sinar 'am said yang tiba
menyinari setiap yang melingkarimu
tabahlah wahai diri

09 December 2007

.:Berita Nisa' Maran:.










Salam Ziarah,

Dalam kekalutan berkemas utk berangkat kembali ke bumi Mesir yg dirindui pada malam ini,terfikir nak masukkan sisipan mengenai program anjuran Nisa' Kawasan Maran pd 8hb Disember baru-baru ini.Inilah program terakhir yang ku sertai sebelum kembalinya ke tanah kinanah .Terasa sayu bilamana harapan dari sahabat-sahabat agar aku terus menggenggam kejayaan dalam bidang yang diceburi dan segera kembali ke tanah air bagi menyambung amanah perjuangan Islam.Alhamdulillah,rahmat buat diri ini apabila dianugerahkan teman-teman yang sentiasa komited di dalam medan dakwah,memangkin semangat untukku terus tabah menyusuri jalan ini.

Program yang diberi nama 'Seminar Pemantapan Rohani" yang diadakan sehari bermula jam 8.30pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang disertai seramai kira-kira 65orang remaja perempuan berusia antara 12 hingga 20tahun.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput khas adalah Ust Mokhtar Senik yang membincangkan mengenai fikrah Islamiah,seterusnya penerangan mengenai Nisa' oleh AJK Nisa' negeri.Pada sesi petang bengkel dan pembentangan serta ulasan dr moderator iaitu ana sendiri yang membahaskan mengenai akidah,ibadah serta akhlak.

Apa yang paling diharapkan dari program ini adalah penerapan fikrah Islam ke dalam diri setiap peserta seterusnya berjaya mendekati golongan remaja ke arah aktiviti yang sihat berlandaskan ajaran Islam.

Semoga Nisa' Maran akan semakin mantap dari masa ke masa demi memartabatkan Islam di bumi Malaysia.



Connecting Youth

05 December 2007

Monolog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saya tinggalkan hati saya di sini
Agar selalu dekat dengan kamu

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu
Biar semangat dan ingatan kita bersatu

Saya serahkan hati saya pada kamu
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu
(Sepertimana saya mengasihi diri sendiri,malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya
(Sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu,sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu:Allah Azza Wa Jalla,
Moga dia patri lekat hati kita
Moga dia suluh terang hati kita
Moga dia jaga pelihara hati kita
Dalam acuan,cahaya dan petunjukNya

Hati,saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak
Kamu yang bernama Kekanda
Kamu yang bernama Adinda
Paling istimewa:Kamu yang bernama Teman Seiman.