Pages

  • RSS
  • Twitter

22 August 2007

.:News:.










Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana Nisa' Kawasan Maran telah berjaya menganjurkan program Nisa' Camp selama 3 hari bermula 20-23 Ogos 2007 bertempat di Gunung Senyum,Jengka Pahang.Program yang diadakan buat pertama kali ini telah disertai seramai 48 orang peserta dan dijayakan oleh AJK Nisa' Kawasan Maran.

Pelbagai aktiviti dilaksankan seperti ekspedisi mendaki dan menjelajahi gua-gua,jungle tracking dan aktiviti berhalangan dan sebagainya yang bertujuan bagi memupuk semangat ukhuwah sesama peserta dan urusetia terlibat disamping memperkenalkan kepada umum mengenai Nisa' sendiri.

Walaupun ini adalah program besar pertama yang dijayakan oleh Nisa' Kawasan Maran,sambutan yang diberikan amat menggalakkan oleh semua pihak.

Semoga Nisa' Kawasan Maran akan semakin mantap pada masa-masa akan datang demi membantu dan memajukan golongan wanita khususnya.

Nisa'-Connecting Youth





10 August 2007

BERANGKATLAH!!!

انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat,
dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah,
yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Berangkatlah! Berangkatlah!
Kejayaan berada di atas jalanmu
Dalam kematianmu adalah kemenangan dan suaramu laksana guruh
Hadapilah maut dengan wajah yang tersenyum,wahai anak,
Sesungguhnya kau akan ke syurga

Berangkatlah! Lagipun kau tetap akan mati
Dan engkaulah lampu petunjuk bagi duat
Bagi yang lemas,kau adalah kapal penyelamat
Dan kau adalah sengat maut ditengkuk taghut

Dalam hatimu adalah cahaya kitab yang benar
Dan mengandungi api,juga kesayangan,
Pergilah ke syurga wahai anak,
Halangilah taghut dan jangan berganjak

Kebencian terhadap kezaliman
Terukir di dahimu
Dan hatimu telah redha dengan hukum dari langit
Marilah menuju kearah peperangan
Menyahut panggilan,
Dengan hartamu belanjakanlah,
Wahai saudaraku,serta darahmu.

Jihad itu membawa kesukaan kepada Rasul yang Mulia
Serta kehidupan kepada tiang deen yang mulia,
Kami membawa kehidupan ke dalam kalbu kehidupan
Dan kamu mencapai keredhaan Tuhan Yang Maha Penyayang


Muslimah harapan




Dedikasi buatmu muslimah...

02 August 2007

muslimah harapan



Salam ziarah,
Lama rasanya tidak menjenguk blog ni,bukan tiada kesempatan..namun terfikir-fikir bagaimana nak buat sedikit perubahan.Al maklum bidang ICT sekarang sudah semakin maju kehadapan.Jadi nak tak nak kena juga mengejar arus kemajuan,tapi kadang kala perlu juga menongkah arus.Betul ke?
Sambil-sambil mendengar lagu pemangkin semangat buat insan-insan yang bergelar muslimah tu,boleh juga baca serba maklumat di bawah buat bekal dan motivasi.Semua ini bukan hasil dari kertas kerja sape-sape,tapi hanya isi penting yang sempat dicoretkan semasa mendengar sebuah ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah yang bertajuk 'Muslimah Pembangun Ummah'..pendek kata ku catat kembali dari buku nota ku sendiri.Tarikh dan masa tiada dalam simpanan:).Namun semua ini boleh juga dijadikan peringatan bersama...

Sahabat pengubat jiwa,
Antara isi yang terkandung di dalam ceramah tersebut:

1.Sebagai seorang muslimah,matlamat dan objektif utama perlu disemai dalam diri supaya matlamat apa yang hendak dicapai akan terialisasi .Tahu apa yang hendak dilakukan supaya matlamat tersebut dapat dicapai
Perlu diketahui tantang apa matlamat hidup di dunia seperti yang telah digariskan dalam firman Allah taala Surah Az Zariyat ayat 56:
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Perlu diingat,tentang niat setiap apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk tunduk kepada Allah taala.Bukan disebabkan kepentingan material atau kemegahan.

Peranan Muslimah
1.Sebagai hamba Allah perlu berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah taala.
2.Sebagai anak perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa bagi mendapat keredhaan daripada keduanya.
3.Sebagai isteri,tanggungjawab terhadap suami tidak sekali-kali diabaikan walaupun disibukkan dengan aktiviti kemasyarakatan.
4.Sebagai ibu,sudah tentu tanggungjawab mendidik anak-anak tidak dipinggirkan dan haruslah menganggap anak-anak sebagai asset yang tidak ternilai.
5.Sebagai Mujahidah pula semestinya tanggungjawab terhadap masyarakat turut terpundak dibahu muslimah.Semestinya masa perlu diperuntukkan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai supaya amar makruf nahi mungkar akan dapat dilaksanakan.


Cabaran
Oleh kerana muslimah perlu bertanggungjawab dalam semua situasi,sudah tentu cabaran-cabaran akan sentiasa berlegar-legar disekelilingnya.Antara cabaran yang dikenal pasti bagi seorang muslimah dalam menjalankan kerja-kerja dakwah adalah:
1.Cabaran Iman
Biasanya jiwa sentiasa bergolak bagi memilih antara kerja dakwah dan kerja seharian yang mana perlu diutamakan.Jadi sewajarnya bagi seorang muslimah memegang prinsip tawakal yang tinggi disamping tidak meminggirkan usaha.Yakinlah Allah pemberi rezeki.
2.Cabaran suami dan keluarga
Ia bermula daripada memilih pasangan hidup iaitu suami yang memahami peranan muslimah.Pemilihan ini adalah penting bagi meneruskan kesinambungan kerja-kerja dakwah selepas berumahtangga.Perlu memanamkan keyakinan bahawa jodoh adalah milik Allah dan ketahuilah bahawa musuh keimanan yang utama adalah suami.

3.Kawan-kawan
Pilihlah kawan yang boleh memberi galakan dan motivasi dan jauhilah kawan-kawan yang mendorong kepada perkara negative.

4.Nafsu dan dunia
Biasanya manusia akan kalah dengan nafsu dan bermain-main dengan hati dan perasaan.Jadi doronglah hati kepada banyak mengingati Allah.

5.Personaliti sendiri.
Berpeganglah dengan prinsip yang betul dan sentiasa berfikiran terbuka.Berlapang dada dengan kritikan dan anggaplah ianya sebagai peluang membaiki diri.

6.Bagi muslimah hafizah sudah tentu menjadi cabaran dalam memegang kalam Allah (mengingati hafazan)disamping menjalankan kerja-kerja dakwah.Jangan jadikan ianya alasan dan penghalang untuk berdakwah

Persediaan
1.Muslimah perlu memastikan diri sentiasa bersedia untuk ditarbiah dan sentiasa berada di dalam proses pentarbiahan yang berterusan.
2.Berusaha mempelajari segala ilmu bukan sahaja yang berkaitan dengan agama malah ilmu-ilmu alat perlu dikuasai.Begitu juga ilmu kemasyarakatan dan organisasi serta mengikuti kelas-kelas perbincangan dan usrah.
3.Membiasakan diri dengan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.
4.Membuat perancangan yang baik bagi memastikan segala tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.
5.Sentiasa bermuhasabah dan bertaubat
kepada Allah supaya urusan dapat dilaksanakan dengan panduan dariNya.

Demikianlah serba-sedikit isi-isi penting yang sempat dicatat dalam ceramah tersebut buat tatapan sahabat tersayang.Seseungguhnya sebagai muslimah peranan kita bukan sedikit malah kitalah yang bakal menggoncang dunia.Jadi sewajarnya persiaplah diri dari detik ini untuk sama-sama menjadi egen perubah masyarakat.

The muslimah as a forebeares of the struggles.

25 July 2007

Aku wanita dari medan jihad


Aku Wanita Mujahidah Sejati...
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya
lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu..
bila dunia lebih kau damba..
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia..
Bila aku setuju dan kau pun tidak meragukanku..
Bulat tekadku untuk menemanimu..

Aku Wanita mujahidah pilihan..
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad..
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an..
Kelak bersamanya kuarungi bahtera lautan jihad..
Andai tak siap bisa kau pilih..
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku..
terlebih keluh kesahku..
Sebab meninggalkan dakwah karena lebih mencintaimu..
dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu...
Tak mungkin aku memilihmu...bila yang fana lebih kau cinta..
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota..
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana..
Meniti jalan panjang di medan jihad..
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah..
serta debu yang beterbangan,keringat luka dan kesyahidan pun terulang..
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu..
Teguhkan `azam`ku tuk lupa akan dirimu..

Aku wanita dari bumi Jihad..
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad...
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan..
tepiskan semua mimpi yang tak bererti...
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??????
Karena tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri..
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan..
Yang melepasku dengan sekalung doa..meraih syahid.. tujuan utama..


Rabbi.. terdengar panggilanMu tuk meniti jalan ridhoMu..
Kuharapkan penolong dari hambaMu...
menemani perjalanan ini..

01 July 2007

Hati mukmin pasti menangis

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam.

Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika algojo penjara itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu boot keras milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyuknya. Roberto bertambah berang.

Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang.

Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala.
Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana abduka...
Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,


"Bersabarlah wahai ustaz... InsyaAllah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, algojo penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan suara-suara yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah buku kecil.
Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu.
Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati.
Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan algojo penjara itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu.
Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya.

Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.
Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini.

Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.
Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua.

Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan.

Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau,

"Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya,

"Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut.

"Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka.

"Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang Adolf Roberto... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

" Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi.
Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang.

Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah tanda hitam ia berteriak histeria,

"Abi... Abi... Abi... " Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu.

Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai tanda hitam pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.
Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut,

"Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... "

Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya.
Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... "
Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang.

Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.
Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap.

"Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"
Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah

"Asyahadu anla IllaahailAllah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah. .. .
Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya... " Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)

27 June 2007

Apabila manusia berhenti berfikir...

Salam Juang sahabat yang dikasihi lillah,

Fikiran manusia akan menjadi beku,sempit dan tertutup melainkan dia terus berfikir dan mencari idea-idea baru.Tanpa berfikir manusia tidak akan ke mana-mana.Hasil berfikirlah,akhirnya manusia berjaya menjadikan kehidupannya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Seekor ulat di dalam sebiji epal,selagi dia tidak keluar daripada epal itu selagi itulah dia menyangka buah itu hanya ada satu,rasanya begitulah dan warnanya demikian.Untuk berfikir,si ulat perlu keluar dari dunia sempitnya dan melihat persekitaran,menambah lagi pengetahuan ulat terhadap kehidupan dan bagaimana semua itu bermula.Persekitaran itu menyumbang kepada perkembangan nalurinya terhadap kehidupan-kehidupan lain yang pelbagai rupa dan bentuknya itu.

Persekitaran mengajar ulat untuk mengembangkan sahsiahnya.Lalu tabii mengajar dia untuk berhijrah dari sebiji buah ke buah yang laindan akhirnya muncullah satu kaloni ulat yang menguasai keseluruhan pokok.

Sahabat budiman,
Demikianlah manusia telah lama berjaya menggunakan otaknya untuk berfikir,mempersepsi san membuat kesimpulan kemudian menggunakan kesemuanya untuk meningkatkan taraf kehidupannya.Sudah tentu manusia jauh lebih mampu daripada ulat.
Jelaslah,mencari idea-idea baru itu semakin menajamkan pemikiran.Namun,pernah terdengar 'jangan belajar kuat sangat,nanti otak tak dapat terima' atau orang Serawak kata 'pecah palak mikir'

Namun,bagi cendekiawan-cendekiawan dunia lain pula keluhannya.Biasanya hanya terdengar kata-kata peransang minat dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik 'i've done this,i've done that' ungkapan biasa bagi mereka.


Sahabat,
Apabila kita bandingkan dengan cendekiawan yang berpendidikan agama,sebahagiannya tertutup pemikiran kepada satu-satu fahaman,satu-satu isu dan satu-satu pegangan.Akhirnya digelut kebakaran minda.
Ingatkah lagi kisah benar,seorang ustaz membuang tv ke sungai atas alasan tv mengalih perhatiannya daripada beribadah dengan sempurna.Orang tak kata dia terlalu alim tetapi terlalu lemah imannya kerana kalah hanya dengan godaan satu alat bernama tv.Televisyenkah yang salah atau dia yang gagal mengambil semua kebaikan yang ada pada tv.

Teman rafiqku,
Demikianlah manusia gagal menggunakan otaknya untuk berfikir sesuai dengan perubahan yang berlaku disekelilingnya hingga menjadi demikian beku,sempit dan tertutup.
Berhentilah daripada mengabaikan satu anugerah terpenting ilahi,otak dan berhentilah daripada melupakan suruhan ilahi,berfikir.

Fikir dan terus fikir.