Pages

  • RSS
  • Twitter

27 June 2007

Apabila manusia berhenti berfikir...

Salam Juang sahabat yang dikasihi lillah,

Fikiran manusia akan menjadi beku,sempit dan tertutup melainkan dia terus berfikir dan mencari idea-idea baru.Tanpa berfikir manusia tidak akan ke mana-mana.Hasil berfikirlah,akhirnya manusia berjaya menjadikan kehidupannya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Seekor ulat di dalam sebiji epal,selagi dia tidak keluar daripada epal itu selagi itulah dia menyangka buah itu hanya ada satu,rasanya begitulah dan warnanya demikian.Untuk berfikir,si ulat perlu keluar dari dunia sempitnya dan melihat persekitaran,menambah lagi pengetahuan ulat terhadap kehidupan dan bagaimana semua itu bermula.Persekitaran itu menyumbang kepada perkembangan nalurinya terhadap kehidupan-kehidupan lain yang pelbagai rupa dan bentuknya itu.

Persekitaran mengajar ulat untuk mengembangkan sahsiahnya.Lalu tabii mengajar dia untuk berhijrah dari sebiji buah ke buah yang laindan akhirnya muncullah satu kaloni ulat yang menguasai keseluruhan pokok.

Sahabat budiman,
Demikianlah manusia telah lama berjaya menggunakan otaknya untuk berfikir,mempersepsi san membuat kesimpulan kemudian menggunakan kesemuanya untuk meningkatkan taraf kehidupannya.Sudah tentu manusia jauh lebih mampu daripada ulat.
Jelaslah,mencari idea-idea baru itu semakin menajamkan pemikiran.Namun,pernah terdengar 'jangan belajar kuat sangat,nanti otak tak dapat terima' atau orang Serawak kata 'pecah palak mikir'

Namun,bagi cendekiawan-cendekiawan dunia lain pula keluhannya.Biasanya hanya terdengar kata-kata peransang minat dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik 'i've done this,i've done that' ungkapan biasa bagi mereka.


Sahabat,
Apabila kita bandingkan dengan cendekiawan yang berpendidikan agama,sebahagiannya tertutup pemikiran kepada satu-satu fahaman,satu-satu isu dan satu-satu pegangan.Akhirnya digelut kebakaran minda.
Ingatkah lagi kisah benar,seorang ustaz membuang tv ke sungai atas alasan tv mengalih perhatiannya daripada beribadah dengan sempurna.Orang tak kata dia terlalu alim tetapi terlalu lemah imannya kerana kalah hanya dengan godaan satu alat bernama tv.Televisyenkah yang salah atau dia yang gagal mengambil semua kebaikan yang ada pada tv.

Teman rafiqku,
Demikianlah manusia gagal menggunakan otaknya untuk berfikir sesuai dengan perubahan yang berlaku disekelilingnya hingga menjadi demikian beku,sempit dan tertutup.
Berhentilah daripada mengabaikan satu anugerah terpenting ilahi,otak dan berhentilah daripada melupakan suruhan ilahi,berfikir.

Fikir dan terus fikir.