Pages

  • RSS
  • Twitter

09 December 2007

.:Berita Nisa' Maran:.










Salam Ziarah,

Dalam kekalutan berkemas utk berangkat kembali ke bumi Mesir yg dirindui pada malam ini,terfikir nak masukkan sisipan mengenai program anjuran Nisa' Kawasan Maran pd 8hb Disember baru-baru ini.Inilah program terakhir yang ku sertai sebelum kembalinya ke tanah kinanah .Terasa sayu bilamana harapan dari sahabat-sahabat agar aku terus menggenggam kejayaan dalam bidang yang diceburi dan segera kembali ke tanah air bagi menyambung amanah perjuangan Islam.Alhamdulillah,rahmat buat diri ini apabila dianugerahkan teman-teman yang sentiasa komited di dalam medan dakwah,memangkin semangat untukku terus tabah menyusuri jalan ini.

Program yang diberi nama 'Seminar Pemantapan Rohani" yang diadakan sehari bermula jam 8.30pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang disertai seramai kira-kira 65orang remaja perempuan berusia antara 12 hingga 20tahun.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput khas adalah Ust Mokhtar Senik yang membincangkan mengenai fikrah Islamiah,seterusnya penerangan mengenai Nisa' oleh AJK Nisa' negeri.Pada sesi petang bengkel dan pembentangan serta ulasan dr moderator iaitu ana sendiri yang membahaskan mengenai akidah,ibadah serta akhlak.

Apa yang paling diharapkan dari program ini adalah penerapan fikrah Islam ke dalam diri setiap peserta seterusnya berjaya mendekati golongan remaja ke arah aktiviti yang sihat berlandaskan ajaran Islam.

Semoga Nisa' Maran akan semakin mantap dari masa ke masa demi memartabatkan Islam di bumi Malaysia.



Connecting Youth