Pages

  • RSS
  • Twitter

24 August 2008

Salam Ziarah,
Sekadar menyampai sedikit apa yang terbuku di hati,semoga ada kebaikan bersama.

Sedar tak sedar telah tiba kembali bulan kemerdekaan tanah air tercinta.Bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun.

'Adakah aku telah merdeka?'

Bulan Ogos ini pelbagai program telah direncana oleh persatuan yang berlegar-legar disekelilingku.
Sebagai rakyat Pahang,BKMIP menjadi wadah untuk aku menyalurkan bakti.Lebih-lebih MAT Pahang yang akan berlangsung tidak lama lagi,penurunan exco lama dan kenaikan exco baru.Semoga kita dapat memilih pemimpin yang terbaik.

DPMM juga perlu diambil cakna memandangkan mereka inilah yang menjaga kebajikan semua pelajar di bumi Mansurah dan PMRAM lebih-lebih lagi memandangkan ianya persatuan yang menghimpunkan rumpun bangsa Melayu di bumi Mesir ini.

"Nampak penting benar persatuan ye???"Jawapannya..."mestilah!.Belajar tu belajar juga,dakwah tanggungjawab semua.Betul tak?"
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapatku,Tapi...itulah hakikatnya.

Program diri ini?
Banyak yang perlu dimasukkan ke dalam diari hidup ini.
11 dan 14 haribulan yang lalu,sekali lagi terpaksa memerah otak bagi menghadapi imtihan dur.Ujian yang terasa begitu berat.Kejayaan dan kecemerlangan perlu dinobat di dalam diri ini.Itulah hadiah paling berharga buat abah dan emak yang terlalu banyak bersusah payah buat diri ini.Natijah?Tunggu beberapa hari lagi.Doakan kejayaan bersama.

Talaqi Quran masih dalam usaha untuk mengkhatamkan.Bertalaqqi dengan Syeikh Ahmad Syafie yang agak syadid agak menguji ketahanan diri.Segala ilmu disoal saban hari dari Nahu,Saraf,Hadis,Qiraat dan lebih-lebih lagi tajwib.Terkedu juga apabila dimarahi akibat daripada tidak dapat menjawab dengan baik apa yang disoal.Petanda ilmu yang ada didada ini masih belum mantap.Muhasabah buat diri agar perlu lebih tekun mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan Al Quran.Amanah besar yang amat-amat perlu dijaga.

Bulan ini juga menyaksikan sahabat-sahabat seperjuangan pulang ke tanah air seorang demi seorang.Petanda semuanya akan terjun ke medan sebenar bagi bekas mahasiswa mencorak kehidupan.Segala ilmu perlu dicurah dan dipraktikkan.Adakah aku telah bersedia???
Paling penting,buat diri yang menulis dan sahabat-sahabat yang sudi membaca tulisanku...sebenarnya bukan hendah bercerita sangat diari Ogosku tetapi,disebalik semua itu:

1.Amanah yang tergalas dibahu kita terlalu banyak,kepada ibu bapa,insan-insan disekeliling kita,dan paling penting kepada agama bagi mencari RedhaNYA.

2.Yang telah terpundak Al Quran di dalam dada,jagalah ia sebaiknya.

3.Tiada perkiraan status seorang pelajar hanya ditugaskan belajar,tetapi dalam masa yang sama perlu mempraktikkan ilmu yang dipelajari saban hari.

4.Dan lagi...sahabat-sahabat carilah sendiri :)

Sebagai peringatan bersama:
Jangan kita menjadi penghalang seseorang untuk membuat kebaikan jika kita tidak menyukai kebaikan tersebut.
Insaflah.