Pages

  • RSS
  • Twitter

09 December 2007

.:Berita Nisa' Maran:.










Salam Ziarah,

Dalam kekalutan berkemas utk berangkat kembali ke bumi Mesir yg dirindui pada malam ini,terfikir nak masukkan sisipan mengenai program anjuran Nisa' Kawasan Maran pd 8hb Disember baru-baru ini.Inilah program terakhir yang ku sertai sebelum kembalinya ke tanah kinanah .Terasa sayu bilamana harapan dari sahabat-sahabat agar aku terus menggenggam kejayaan dalam bidang yang diceburi dan segera kembali ke tanah air bagi menyambung amanah perjuangan Islam.Alhamdulillah,rahmat buat diri ini apabila dianugerahkan teman-teman yang sentiasa komited di dalam medan dakwah,memangkin semangat untukku terus tabah menyusuri jalan ini.

Program yang diberi nama 'Seminar Pemantapan Rohani" yang diadakan sehari bermula jam 8.30pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang disertai seramai kira-kira 65orang remaja perempuan berusia antara 12 hingga 20tahun.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput khas adalah Ust Mokhtar Senik yang membincangkan mengenai fikrah Islamiah,seterusnya penerangan mengenai Nisa' oleh AJK Nisa' negeri.Pada sesi petang bengkel dan pembentangan serta ulasan dr moderator iaitu ana sendiri yang membahaskan mengenai akidah,ibadah serta akhlak.

Apa yang paling diharapkan dari program ini adalah penerapan fikrah Islam ke dalam diri setiap peserta seterusnya berjaya mendekati golongan remaja ke arah aktiviti yang sihat berlandaskan ajaran Islam.

Semoga Nisa' Maran akan semakin mantap dari masa ke masa demi memartabatkan Islam di bumi Malaysia.



Connecting Youth

05 December 2007

Monolog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saya tinggalkan hati saya di sini
Agar selalu dekat dengan kamu

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu
Biar semangat dan ingatan kita bersatu

Saya serahkan hati saya pada kamu
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu
(Sepertimana saya mengasihi diri sendiri,malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya
(Sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu,sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu:Allah Azza Wa Jalla,
Moga dia patri lekat hati kita
Moga dia suluh terang hati kita
Moga dia jaga pelihara hati kita
Dalam acuan,cahaya dan petunjukNya

Hati,saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak
Kamu yang bernama Kekanda
Kamu yang bernama Adinda
Paling istimewa:Kamu yang bernama Teman Seiman.

29 November 2007

.:iklan:.


Seminar Pemantapan Rohani

Anjuran : Nisa' Kawasan Maran
Tarikh : 8hb Disember 2007 (Sabtu)
Tempat : Markaz Tarbiah PAS Kawasan Maran
Sasaran : Nisa' dan Muslimat berusia 13 hingga 25 tahun
Pendaftaran : RM5

Daftar sebelum 5hb Disember 2007
Bawa bersama buku catatan dan alat tulis.


03 November 2007

.:Rindu Akhirat:.




hati besi

.:Monolog hati:.

"Ya Allah,
Pimpinlah kami merindui akhirat di sana
Sesungguhnya kami tak berdaya melawan arus deras dunia."

Senang meluahkan dengan kata-kata namun,begitu sukar dilaksanakan dengan perbuatan.Hari-hari yang dilalui terasa kosong bilamana tiada bakti yang dicurahkan.Usaha menyampaikan kebenaran tidak hanya berjalan dengan program-program yang dirancang tetapi usaha kita mendekati mereka-mereka disekeliling kita.
"Ya Allah,berikan daku kekuatan…"

Hidayah milik Allah, berdoa lah agar kita dipimpin dgn hidayah Allah..Namun,usaha perlu dipergiat agar Allah sentiasa memandang mereka yang benar-benar mahukan hidayah dariNya..

Cuma,janganlah kita lupa disebalik kejayaan dan kegagalan segalanya berjalan atas iradah Allah taala.Disebalik kegagalan sudah tertentu tersirat hikmah yang belum terungkai.Juga kejayaan yang dikecap bukanlah hak mutlak kita.

Pelayaran menuntut keredhoan Allah adalah matlamat utama setiap insan.Walau dimana kita,walau siapa jua kita,walau setinggi mana pangkat dan kedudukan kita suatu hari kita juga akan dipanggil mengadapNya.Bila tiba saat dan ketika redholah kita dijemput dan saat itu terhenti segala amalan dan ianya pasti akan datang sama ada diri bersedia atau tidak.

Duhai diri,
Bersedialah untuk dijemput pada hari yang entah bila kedatangannya.Lawanlah nafsumu yang kadangnya banyak didorong oleh syaitan yang sentiasa mencemburui.Doronglah dirimu ke jalan yang menjanjikan cahaya kehidupan di alam abadi.Ingatlah baiahmu di malam penuh ketulusan untuk sama-sama menyeru kebaikan juga mencegah kebatilan.Kembalikan semangatmu…
Allah sentiasa bersama hambaNya yang benar…

Ya Allah,bantulah dan pimpinlah hambamu yang kerdil dan lemah ini…Ameen.

10 October 2007

Salam Eidulfitri 1428H


03 October 2007

Thabat-bekal mahal para duat


Salam Ramadhan Kareem,Harapnye sentiasa berada di dalam kesejahteraan disamping tekun dalam melaksanakan ibadah puasa
Semoga fasa rahmah yang telah berlalu menjanjikan seribu rahmah buat kita selaku hambanya dan fasa maghfirah yang berada dipenghujungnya ini akan membuatkan kita sentiasa bermuhasabah dan sentiasa memohon keampunan atas segala keterlanjuran dan dosa yang disengajakan mahupun yang tidak disedari.semoga segala dosa kita akan diampunkan seterusnya kita akan terus mendapat pembebasan dari azab neraka Allah taala di fasa terakhir Ramadhan.

Sahabat pengubat jiwa,
Pertarungan antara pendokong kebatilan dan kebenaran tidak pernah berakhir juga tidak mengenal kerehatan.Ia sentiasa berlaku meliputi segenap segi sama ada fizikal,ideology dan maklumat.Kita semua secara sedar atau tidak turut terlibat dalam pertarungan yang tidak berkesudahan ini.Justeru,pendokong kebenaran menerusi jalan dakwah semestinya memiliki bekal yang sangat ampuh.Salah satu bekal yang mesti dimiliki oleh para duat atau pendokong dakwah adalah 'thabat'.

Firman Allah taala : Wahai orang-orang yang beriman,jika kalian memerangi pasukan (musuh) maka berteguh hatilah kalian dan berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya,agar kalian berbahagia" (al-Anfal : 45 )

Ayat di atas menunjukkan sifat thabat sebagai perkara penting dalam senarai bekalan orang-orang yang sedang berjuang memerdekakan umat manusia.
Seorang jundi yang kehilangan sifat ini secara automatic semangat juang tercabut daripada dirinya.Banyak siri perjuangan dalam Islam yang tragis kerana hilangnya sifat tersebut dalam jiwa tentera muslimin.

Mari kita soroti sirah bilamana kegagalan pihak muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w menumpaskan pihak musyrikin dalam perang uhud berpunca daripada kerapuhan sifat ini dalam diri sebahagian besar pasukan pemanah yang terpedaya dengan harta
ghanimah.

Sahabat budiman,
Dalam menghadapi serangan jahiliah,umat Islam wajib memiliki kekuatan yang seimbang atau mengatasi kekuatan musuh.Semangat semata-mata tidak akan mampu mengalahkan benteng pertahanan Jahiliah yang memiliki kekuatan ketenteraan,kewangan,politik,propaganda dan informasi.

Oleh itu,sebagaimana semua kekuatan lahiriah di atas,umat Islam wajib memiliki kekuatan tarbiah dan dakwah.Ini kerana semua kekuatan material di atas tidak akan bermakna tanpa berlandaskan fikrah ,ketahanan dan keteguhan hati yang terbina menerusi proses tarbiah.

Justeru,apa yang perlu dikenal pasti adalah factor-faktor yang mewujudkan sifat thabat serta mengamalkannya secara konsisten untuk menghadapi penentangan jahiliah
……bersambung

Semoga terus thabat..