Pages

  • RSS
  • Twitter

01 July 2008

.:Konflik hati:.


Fikiran ini masih terawang-awang mencari idea.Sedang pen biru di tangan ini sejak tadi menanti masa untuk berkhidmat.Sekali-sekala diletak kemudian dipegang kembali.

"Ahh..sukar benar memerah otak ,mencari idea untuk disisipkan sebagai modul program yang bakal diusulkan kepada pengetua sekolah nanti.Jika semuanya diluluskan,program bakal dilaksanakan lebih kurang sebulan lagi".

"Kenapalah aku gatal sangat menerima amanah ini?"bisikku.
"Kalau aku tidak menerima jawatan sebagai Pengarah program untuk program motivasi pelajar ini,sudah tentu aku tidak bergelut dengan kertas kerja dan sudah tentu aku sudah lama boleh lena seperti orang lain."leter hatiku.

Segera mataku memerhatikan jam kecil berwarna merah disudut meja.Sudah hampir menunjukkan pukul satu pagi.

Sebenarnya idea untuk program ini adalah hasil perbincangan dikalangan 'commitee' alumni sekolahku.Ini dianggap sebagai satu sumbangan kepada sekolah yang telah lama aku tinggalkan.
Setelah perbincangan dijalankan,perlantikan organisasi program telah dipersetujui.Hasilnya,aku telah diamanahkan untuk melakar kertas kerja.

"ish..macam dah takde orang lain."rungutku lagi.

"Astaghfirullahal azim..kenapalah ini yang aku fikirkan?Alangkah indahnya jika hati kau ikhlas menerima amanah ini.Tidak sia-sia kau buat semua ini".bisik hatiku kemudiannya.

"Fikirlah Qema,kerja ini bukanlah menuntut untuk engkau memegang senjata atau terjun ke medan perang sepertiSrikandi Khaulah al Azwar mahupun menjadi jururawat di medan.Alangkah indahnya jika kau ikhlas menginfakkan tenaga dan masa.Apakah cukup kau berasa senang dengan hidupmu sekarang?Hanya bersuka-ria dan bersenang-senang tanpa memberikan apa-apa sumbangan kepada anak bangsa apatah lagi agama Islam yang kita cinta?"

"Sedarkah engkau Qema,adakah engkau hanya hidup untuk dirimu sahaja?Lupakah engkau pada firman tuhanmu supaya melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran?

Lupakah engkau kepada kalam tuhanmu yang meletakkan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini?Fikirkan sedalam-dalamnya Qema?Sedangkan apa yang kau lihat dikaca-kaca telivisyen dan di dunia realitimu saban hari kepincangan demi kepincangan telah dilakukan oleh insan-insan seagamamu sendiri lantaran kejahilan mereka.Tidakkah kau berasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka?"bisik hatiku lagi.

"Ahh..pening kepalaku"

"Ya Allah,aku hambaMu yang lemah,ampunkan dosaku dan dosa-dosa hambaMu"Tanpa kusedari ada airmata bergenang di kelopak mata.

"Qema,kembalikan semangatmu yang dahulunya membara semarak api yang menyambar minyak.Sumbanganmu ini tidak kecil,engkau menjalankan satu misi melahirkan jundi-jundi dan pejuang-pejuang dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah jatuh ke tangan musuh Islam".

"Ya Allah,ampunkan dosaku..kenapalah begitu sukar untukku mengembalikan keikhlasan hatiku untuk semua ini?"

bersambung...

23 June 2008

.:Rezeki:.



Salam perjuangan sahabat,semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah taala.

Rencana di bawah merupakan terjemahan daripada tulisanku dalam Skema Edisi Mansurah Ogos 2007 Bil:32 sudut English Corner. Selamat membaca.

Telah termaktub sejak azali,bagi setiap anak Adam telah ditentukan 4 perkara iaitu hidup,mati,rezeki dan jodoh.Kesemua eleman ini sememangnya telah ditentukan oleh Allah taala ketikamana ditiupkan roh ketika masih di dalam kandungan ibu.

Fokus mengenai kurniaan rezeki kepada insan,sememangnya pelbagai rezeki yang melimpah-ruah telah diberikan oleh Allah taala,tidak kira rezeki dalam bentuk makanan,pekerjaan atau apa sahaja,tetap dikira sebagai rezeki.

Inilah yang dinamakan nikmat di dalam kehidupan.Namun,yang menjadi persoalan kenapa dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan ini,ramai manusia yang tidak mahu bersyukur.Sedangkan ramai yang hanya mengucapkan syukur bilamana diberikan nikmat tetapi tidak mahu bersyukur bilamana nikmat diambil kembali oleh pemberinya.

Firman Allah taala dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;

..dan jika kamu bersyukur maka aku(Allah)akan menambah nikmatKu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih.

Sedangkan di dalam ayat di atas telah diingatkan bilamana kita bersyukur dengan segala apa yang telah ditentukan,sudah tentu Allah akan menambah lagi nikmat tersebut.

Sepatutnya dengan nikmat rezeki yang diberikan inilah akan lebih mendekatkan kita kepada pencipta Allah taala dan membersihkan hati.Jangan disebabkan nikmat ini,akan menghijab hati daripada bersyukur diantara sesama manusia.
Jadi bagaimana?

1.Kadangkala manusia ingat nikmat yang diberikan tetapi lupa kepada pemberi nikmat.Sekadar ucapan dibibir tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.

2.Lupa bersyukur kepada sesama manusia bilamana nikmat yang diberikan tidak diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.Mereka merasakan nikmat rezeki tersebut hanya hak mutlak perseorangan sedangkan kita juga merupakan saluran-saluran kepada rezeki manusia lain.

3.Sentiasalah bersihkan hati dengan mengucapkan syukur dengan kurniaan rezeki.Setiap kali kita dianugerahkan rezeki,setiap kali itulah kita memohon keampunan atas segala dosa-dosa kita.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa rezeki dan apa sahaja yang dianugerahkan merupakan salah satu wasilah kita untuk mengucapkan syukur.

Semoga dengan nikmat rezeki ini akan menambahkan amal kita seterusnya menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah taala.

12 May 2008

Salam imtihan


Imtihan syahadah sudah hampir menjengul kepala.Pusing-pusing dan congak tinggal 22hari lagi.'Aduh..semua madah perlu di 'catch-up'.Tapi,ambil sedikit masa untuk menulis rasa di blog yg telah lama kubiarkan sepi.Bukan apa,'just' hendak melepaskan lelah sebentar.

Fatrah imtihan inilah pelbagai perkara datang dengan tiba-tiba.Ikutkan memang terasa seperti hendak beruzlah sahaja,duduk dlm gua..=)Namun sedar,disekeliling ini masih ada insan yang ada pada kita hak dan amanah untuk ditunaikan.

Sebenarnya paling terkesan pada diriku buat masa ini adalah kisah persahabatan antara aku dan seorang sahabat.Tidak berniat untuk bercerita panjang mengenainya.Cuma,yg pasti aku amat menyayanginya.

Di sini ku memohon kemaafan secara terbuka kepadanya atas kesilapanku yg tidak kusengajakan.

'Sahabat yg kusayangi,tika hari ini aku gembira,tanpa ku sedar sahabatku dalam duka.Tika hari ini aku bersemangat tanpa kuduga sahabatku resah hatinya.Selalu aku ketawa tanpa sedar sahabatku menangis.Andai akulah insan yg tidak peka padamu sahabat,ku pohon kemaafan.Terasa tidak layak diri bergelar pejuang bila diri selalu alpa.Maafkan daku sahabat..
Teruskan usaha dalam imtihan ini,semoga natijah kejayaan nanti menjadi milik kita bersama.
Teruskan memartabatkan Islam.takbir!

Salam sayang lillah..

17 January 2008

.:Jika ingin mengenang derita:.

Salam ziarah,
Lama rasanya ana membiarkan blog ini statik tanpa di edit.Sebetulnya agak lama tidak menjenguk cc,ada pun sekadar menghubungi keluarga dan menyiapkan sedikit sebanyak taklifan yg tertangguh.
Setelah diuji lagi dengan tahap kesihatan yang merundum baru-baru ni, terfikir untuk memasukkan sesuatu buat sahabat yg sesekali menjenguk blog yang begitu naif ini.
Tulisan di bawah adalah daripada seorang sahabat ana.Bacalah dengan mata hati dan hayati,semoga ada suntikan semangat dan kekuatan buat kita semua selaku pejuang agama Allah.Semoga ada sedikit kebaikan buat kita...

Kalau sahabat2 benar-benar nak nak mengenang cerita dan derita, biarlah ana titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang menderita kerana agama, berkorban dalam mencari nikmat beragama..!

Di bulan ramadhan baru-baru ini...Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Di saat kita sambut syawal, solat raya kat masjid musa, Ingatkah kita kisah nabi musa a.s..Di waktu masuk musim sejuk ini, semasa kita membuka saratoga masing-masing, mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berhari raya, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera, jumpa macam-macam kuih raya yang mengalami evolusi dan resformasi…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dalam pada waktu kita dijemput hari terbuka di sana sini, disajikan nasi hadaralmaut, mungkin kita lupa berapa ramaikan kekasih Allah berjuang sehingga maut menjemput mereka.

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana agama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana agama!

Nampaknya, demi agama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita menjamu selera, makan nasi minyak dan nasi ayam bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang makan shawirma, sishtawood atau roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat beragama…!

Dalam kedamaian beribadat pada Allah, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika sahabat2 mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan ana titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana agama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Jika kita masih terlupa, biarlah kita kenang kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! “

Dalam keseronokkan berhari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di
jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul,disepak terajang dan di baling batu serta najis...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Hari ini, semakin jauhnya kita daripada pelita kenabian, semakin jauhnya kita daripada agama.Sebanyak manapun penderitaan kita ianya masih lagi tidak dapat menyamai mereka pada khairul kurun dahulu. Kita hari ini bila ditimpa sikit ujian dah mengeluh spt orang tak tahu arah.. (oh..! terkena atas batang hidung ana sendiri... tersekat duit zakat sikit pun macam orang hilang punca)

Sesungguhnya ibadat yg ana lakukan selama ini kalau dibandingkan dengan hanya debu yang melekat pada tapak kaki kuda yang ditunggangi sahabat2 r.a dahulu, nescaya debu itu lebih mulia.

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengajak kita berjihad di jalan Allah,menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran, tidak kira di mana kamu berada, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Jika dikau ingin mengenang derita dan sengsara......,

Sesengguhnya, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para pejuang agama Nya.
Di dalam doa sahabat2 yang khusus, janganlah lupa doakan untuk sahabat seperjuangan semua.. mudah mudahan doa sahabat2 yang tulus itu Allah kurniakan juga kasih sayangNya dan rahmatnya untuk tabah dalam menghadapi seribu mehnah dalam permusafiran yg penuh dugaan ini... (ameen)

30 December 2007

.:'Am Sa'id:.


'Am Said,
Kehadiranmu seiring usiaku
Semoga sinar ceria masih terang
menyinari setiap hari yang kulalui
kehadiran tanpa diundang
namun aku sebagai hamba
tidak betah menangkis kudrat ilahi
kekusutan,kekeliruan,kekecewaan
jua kerinduan
teman dalam meniti perjuangan
semoga ia enjadikan diriku
insan yang tabah
dalam meneruskan langkah

Diri
kau harapan agama suci ini
kau mata rantai perjuangan
kau mujahidah harapan,srikandi akhir zaman
walau onak dan badai menghempas ganas
kau tetap membenteng dan teguh utuh
semoga sinar 'am said yang tiba
menyinari setiap yang melingkarimu
tabahlah wahai diri

09 December 2007

.:Berita Nisa' Maran:.










Salam Ziarah,

Dalam kekalutan berkemas utk berangkat kembali ke bumi Mesir yg dirindui pada malam ini,terfikir nak masukkan sisipan mengenai program anjuran Nisa' Kawasan Maran pd 8hb Disember baru-baru ini.Inilah program terakhir yang ku sertai sebelum kembalinya ke tanah kinanah .Terasa sayu bilamana harapan dari sahabat-sahabat agar aku terus menggenggam kejayaan dalam bidang yang diceburi dan segera kembali ke tanah air bagi menyambung amanah perjuangan Islam.Alhamdulillah,rahmat buat diri ini apabila dianugerahkan teman-teman yang sentiasa komited di dalam medan dakwah,memangkin semangat untukku terus tabah menyusuri jalan ini.

Program yang diberi nama 'Seminar Pemantapan Rohani" yang diadakan sehari bermula jam 8.30pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang disertai seramai kira-kira 65orang remaja perempuan berusia antara 12 hingga 20tahun.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput khas adalah Ust Mokhtar Senik yang membincangkan mengenai fikrah Islamiah,seterusnya penerangan mengenai Nisa' oleh AJK Nisa' negeri.Pada sesi petang bengkel dan pembentangan serta ulasan dr moderator iaitu ana sendiri yang membahaskan mengenai akidah,ibadah serta akhlak.

Apa yang paling diharapkan dari program ini adalah penerapan fikrah Islam ke dalam diri setiap peserta seterusnya berjaya mendekati golongan remaja ke arah aktiviti yang sihat berlandaskan ajaran Islam.

Semoga Nisa' Maran akan semakin mantap dari masa ke masa demi memartabatkan Islam di bumi Malaysia.



Connecting Youth

05 December 2007

Monolog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saya tinggalkan hati saya di sini
Agar selalu dekat dengan kamu

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu
Biar semangat dan ingatan kita bersatu

Saya serahkan hati saya pada kamu
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu
(Sepertimana saya mengasihi diri sendiri,malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya
(Sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu,sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu:Allah Azza Wa Jalla,
Moga dia patri lekat hati kita
Moga dia suluh terang hati kita
Moga dia jaga pelihara hati kita
Dalam acuan,cahaya dan petunjukNya

Hati,saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak
Kamu yang bernama Kekanda
Kamu yang bernama Adinda
Paling istimewa:Kamu yang bernama Teman Seiman.